Disclaimer : "Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Syarikat Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat di dalam blog ini hanya sebagai penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya. Ia juga bukan sebahagian daripada polisi. Saya dan Syarikat PruBSN Takaful Berhad tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang saya sampaikan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan wakil kami untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci."

AIT : Fact finding

Kenapa fact finding penting sebelum kita mulakan presentation?

1. Untuk pastikan apa yang kita present tu memenuhi keperluan prospect (tidak terover insured, dan tidak pulak under insured)
2. Kita akan nampak lebih bersedia dan lebih profesional
3. Tidak membuang masa present perkara yang diluar kemampuan prospect
4. Mengurangkan risiko policy lapsed pada masa akan datang.
5. Membolehkan kita nampak beberapa potensi peluang perniagaan lain pada masa akan datang. Seperti Keyman Policy dan sebagainya

Jadi secara ringkasnya tujuan kita buat fact finding untuk memastikan orang yang membeli polisi mengikut kemampuan, keperluan dan perancangan masa hadapan.
Apakah data2 yang diperlukan untuk buat fact finding nie?
Antaranya adalah :

  • Latar belakang kewangan (income, hutang, aset, liabiliti, komitmen perbelanjaan bulanan)
  • Pekerjaan (nak tau prospect punya kelas pekerjaan, mudah nak buat quotation)
  • Tanggungan (isteri, anak dan sebagainya)
  • Income tambahan sekiranya ada..(i.e isteri bekerja, dividen dari pelaburan, umah sewa dan sebagainya)
  • Insurance policy sedia ada (sekiranya ada).
  • Tanya objective untuk amik policy insurance nie.
Details mengenai fact finding ini akan diajar semasa dalam training dengan menggunakan PVC (prospect value card).

Dalam PVC ini, agent dikehendaki berjumpa dengan beberapa prospect / potential client untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti di atas. Kemudian semua maklumat tersebut akan dianalisa untuk membolehkan kita mengkaji cadangan perlindungan kewangan kepada client. Bukan main proposed sahaja. sebab setiap orang mempunyai keperluan perlindungan kewangan yang berbeza-beza.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan