Disclaimer : "Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Syarikat Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat di dalam blog ini hanya sebagai penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya. Ia juga bukan sebahagian daripada polisi. Saya dan Syarikat PruBSN Takaful Berhad tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang saya sampaikan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan wakil kami untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci."

AIT - Closing

Bahagian ini adalah amat penting, sebabnya ia menentukan kita boleh closed deal atau tidak. Kebanyakan agent-agent baru biasanya tidak tahu masa bila untuk kita buat closing. Pada saya, bahagian closing terdapat beberapa signal yang kita boleh baca daripada client yang mana dinamakan buying signal.

Buying signal ini biasanya akan kita nampak apabila prospek sudah semakin berminat nak sign up. Berikut adalah antara buying signal berdasarkan pengalaman saya. "Macam mana nak bayar nie?...." "Tolak akaun bank saya boleh tak"... "Apa payment method selain dari cash" "Ye laa, bagus la plan ini, kalau saya nak buat macam mana?" So, apabila kita dah nampak buying signal ini, terus kita minta IC dan minta payment untuk account activation.

Yang saya sebutkan di atas nie kalau tengah2 kita present tetiba prospect terus bagi buying signal, tapi kalau kita present2 sekali sampai habih client tak tunjukkan buying signal macam mana?

Sebab tu amat penting, presentation menggunakan kaedah 2 lines atau 5 lines presentation. Saya biasa menggunakan 2 lines presentation dan selesai sahaja saya present, saya akan terus tanya prospect, " Kalau encik....encik nak simpan di account mana?, (tunjukkan kertas yang kita present tu..sama ada di bank atau di PruBSN)....kalau apa yang kita present tu dapat difahami dan kita berjaya menyentuh emosi prospect, sure dia akan tunjuk pada account PruBSN, so, masa tu terus minta IC dan credit card atau pun 1st payment (utk yang cash atau autodebit).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan